Perkhidmatan Rundingcara Peribadi Secara Percuma Kepada Waris
Wasiyyah Shoppe ialah satu-satunya organisasi di Malaysia yang memberikan perkhidmatan rundingcara peribadi secara PERCUMA kepada waris.
Apabila berlaku kematian kepada pelanggan, waris hanya perlu menghubungi Wasiyyah Shoppe melalui TELEWASIYYAH 03-6257 9573 dan kami akan menghantar wakil bertemu waris di rumah pada bila-bila waktu tidak kira siang atau malam, 7 hari seminggu termasuk hari Sabtu, Ahad atau cuti umum di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia dari Perlis sehinggalah ke Johor.
Waris tidak perlu mengambil cuti pada hari bekerja atau datang beramai-ramai ke pejabat Wasiyyah Shoppe kerana Wasiyyah Shoppe yang akan hadir ke rumah bertemu waris untuk menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan proses tuntutan harta pusaka si mati.

Perkhidmatan Pengurusan Harta Pusaka (Al-Wasitah)
Waris terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran sebelum boleh menerima harta pusaka yang ditinggalkan oleh simati termasuklah proses perundangan yang rumit, perbalahan di kalangan waris dan kos tuntutan harta pusaka yang mahal dan membebankan.
Melalui perkhidmatan Al-Wasitah ini, Wasiyyah Shoppe dapat membantu menyelesaikan semua cabaran pengurusan harta pusaka yang tersebut. Selain menerima manfaat rundingcara peribadi dan proses pengurusan harta pusaka secara Percuma, pelanggan Al-Wasitah juga mendapat perkhidmatan penyediaan dokumen perlantikan wasi dan dokumen wasiat 1/3 secara PERCUMA.

Dokumen Wasiat Islam
- Dokumen ini hanya perlu disediakan sekiranya anda berhasrat untuk memberikan harta pusaka anda kepada bukan waris sehingga tahap maksima 1/3.
- Bukan waris di sini merujuk kepada individu yang tidak menerima harta pusaka anda mengikut Hukum Faraid seperti anak angkat, cucu, anak saudara atau sesiapa sahaja. Bukan waris di sini juga boleh terdiri dari Masjid, Surau, Rumah Anak Yatim atau apa-apa sahaja pertubuhan kebajikan.
- Tujuan Wasiat Islam dibuat ialah sebagai amal jariah si mati selaras dengan sabda Rasulullah SAW bahawa salah satu dari amalan yang tidak putus dari seorang anak adam itu selepas dia meninggal dunia ialah amal jariah.
Dokumen Hibah
Hibah bermaksud pemberian. Di dalam Islam, hibah adalah pemindahan harta tanpa balasan mengikut syarat-syarat tertentu. Pemindahan milik yang dibuat dengan niat memperolehi pahala di akhirat dipanggil sadaqah. Apabila barang pemberian dibawa kepada penerima kerana menunjukkan rasa hormat kepadanya ianya dikenali sebagai hadiah .
Seseorang boleh menurut undang-undang memberi hartanya kepada seseorang yang lain secara inter-vivos, iaitu semasa hidup dan ia tidak terhad jumlahnya tetapi jika dia membuat pemberian melalui Wasiat, pemberian adalah terhad hanya setakat satu pertiga daripada keseluruhan hartanya.

Dokumen Harta Sepencarian
Apa sahaja harta (alih atau tidak alih) yang diperolehi oleh pasangan dari tarikh mereka mula bernikah sehinggalah mereka bercerai hidup, bercerai mati atau apabila suami ingin berpoligami.
Walaupun secara asasnya, harta sepencarian memang boleh dituntut sama ada oleh bekas isteri atau bekas suami ke atas pasangan mereka, namun Mahkamah Tinggi Syariah memerlukan bukti dokumen dan saksi bagi menentukan hak dan takat tuntutan si penuntut. Dokumen Harta Sepencarian akan memudahkan proses ini.

Dokumen Amanah
Anda mungkin seorang pemilik perniagaan atau pemilik wang tunai di dalam akaun pelaburan. Anda tentu mahukan selepas pemergian anda kelak, perniagaan dan wang tunai ini diagihkan kepada orang-orang tertentu yang anda ingini.
Jika inilah hasrat anda, Dokumen Amanah ialah dokumen yang mesti anda sediakan bagi mencapai hasrat ini. Wasiyyah Shoppe telah membantu lebih dari 500 orang Islam telah merancang harta mereka melalui kaedah ini dan ia telah terbukti berkesan dari segi undang-undang.